Seorang wanita, tiga lelaki warga asing ditahan kes bunuh di Miri

0
438

EMPAT suspek termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Jalan Lapangan Terbang Miri, Miri, Sarawak, malam tadi.

Semua suspek berusia antara 40 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Senadin, di Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, mengesahkan penahanan semua suspek itu susulan kematian seorang lelaki warga asing berkenaan.

Terdahulu, katanya, kira-kira jam 7.25 malam pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai satu pergaduhan yang berlaku di kawasan Jalan Lapangan Terbang Miri.

Sehubungan itu, beliau berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemukan seorang lelaki terbaring di atas tanah dengan kesan tusukan pada badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH Online.

Kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here