35 PATI diberkas susulan tular keselamatan penduduk terancam

0
203

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

SERAMAI 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Nepal yang mana dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah diberkas dalam operasi bersepadu yang diketuai oleh ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang semalam.

Operasi itu selama kira-kira empat jam bermula pukul 3 petang itu bertumpu di sekitar kawasan Taman Nagasari, Perai yang menjadi penempatan majoriti warga asing di daerah terbabit.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Tan Cheng San, operasi itu digerakkan susulan beberapa aduan yang tular di dalam media sosial berhubung isu ketenteraman awam ekoran kebanjiran warga asing di kawasan tersebut sebelum ini.

“Kehadiran warga asing di kawasan tersebut dikatakan telah menimbulkan rasa kegusaran dan tidak selamat dalam kalangan penduduk setempat.

Kehadiran warga asing di kawasan tersebut dikatakan telah menimbulkan rasa kegusaran dan tidak selamat dalam kalangan penduduk setempat

“Oleh itu, pihak IPD (Seberang Perai Tengah) telah merancang operasi bersepadu ini bersama-sama beberapa jabatan dan agensi kerajaan bagi memantau serta menguatkuasakan tindakan terhadap kesalahan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi itu disertai seramai 15 pegawai kanan polis bersama 157 anggota dengan dibantu oleh 42 pegawai serta kakitangan daripada beberapa jabatan dan agensi lain.

Antara yang terlibat termasuk Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Turut serta ialah anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Nagasari. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here