Bukan tugas kami bantu Ahli Parlimen bangun kawasan, kata kumpulan peniaga

0
213

SEBUAH kumpulan perniagaan menolak cadangan agar sektor swasta membantu Ahli Parlimen membangunkan kawasan, dengan berkata ahlinya tidak dapat mewajarkan perbelanjaan bagi tujuan itu.

Mengulas gesaan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Setiausaha Agung Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia Chin Chee Seong berkata: “Memperuntukkan dana membantu pembinaan jalan dan jambatan bukan tugas kami.

“Apa yang diminta (Fahmi) adalah sumbangan individu kepada Ahli Parlimen. Sangat sukar untuk mewajarkannya,” katanya lapor FMT.

Pada Isnin, Fahmi menggesa sektor swasta agar menyumbang kepada Ahli Parlimen susulan langkah kerajaan mengurangkan elaun pembangunan hampir 70%, daripada RM3.8 juta kepada hanya RM1.3 juta.

Chin berkata, akan timbul kebimbangan dalam kalangan peniaga mengenai ketelusan berhubung bagaimana sumbangan mereka akan dibelanjakan.

Tambahnya, akan timbul juga risiko peniaga cuba mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen.

Beliau berkata, PKS sudah sekian lama membantu negara dengan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dan sebagai rakyat, menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here