Kakitangan makmal direman seminggu kes rasuah tukar sampel air kencing

0
193

KAKITANGAN makmal perubatan sebuah hospital kerajaan di negeri ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM20,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurzihan Rehman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek lelaki berusia 51 tahun itu direman seminggu bermula hari ini hingga 14 Februari ini.

Semalam, SPRM cawangan Segamat menahan suspek di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 8.30 pagi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek yang bertugas di sebuah makmal perubatan telah meminta dan menerima wang rasuah daripada pemilik-pemilik sampel air kencing bagi pengesanan kandungan dadah sebagai balasan untuk menukar keputusan sampel air kencing itu.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias yang mengesahkan penahanan itu berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here