Faizal Azumu terus berkhidmat di Tambun walau ada ‘kekangan’

0
217

WALAUPUN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan Parlimen Tambun.

Sebaliknya, Ahmad Faizal berkata, beliau akan meneruskan khidmat yang telah diberikan sebelum ini, lapor Berita Bersatu.

Bagaimanapun, beliau mengakui akan menghadapi kekangan kerana tidak lagi mempunyai peruntukan daripada kerajaan.

“Ini termasuk peruntukan untuk contohnya, van jenazah, ambulan saya masih beroperasi, kita teruskan kerana perkhidmatan untuk membantu rakyat, tanpa mengira parti, bukan bersebabkan kita mahu menjadi wakil rakyat untuk kita kekal menang, tidak.

“Ianya adalah satu tanggungjawab sosial bagi semua pihak. Jadi pihak Perikatan Nasional, saya sendiri akan meneruskan apa juga perkhidmatan yang telah saya berikan sebelum ini,” kata Ahmad Faizal.

Beliau ditemui dalam majlis kenduri kesyukuran Perikatan Nasional (PN) Tambun dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Manjoi di Ipoh, pada Ahad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here