13 MP BERSATU dilantik ketuai portfolio bagi teliti, kaji, juarai isu babitkan kementerian berkaitan

0
163

Seramai 13 Ahli Parlimen BERSATU dilantik mengetuai portfolio bagi meneliti, mengkaji dan menjuarai isu-isu membabitkan kementerian berkaitan.

Pelantikan ketua-ketua portfolio itu diadakan selepas tamat Pemukiman Ahli-Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula Rabu, semalam.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini selaras dengan akujanji Perikatan Nasional untuk menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, berkesan, efektif, berwibawa serta berintegriti tinggi.

“Portfolio ini adalah tanggungjawab berkumpulan. Ketua-Ketua Portfolio akan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Portfolio yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang lain.

“Perikatan Nasional yakin dengan pengalaman serta komitmen kesemua Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional ini, yang akan melangkah secara sederap sebagai sebuah pasukan, tugas kami untuk melakukan check and balance, benar-benar kukuh dan ampuh,” katanya, lapor Berita Bersatu.

Dalam pada itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata rakyat akan dapat melihat perbahasan, kritikan serta lontaran idea yang berkualiti daripada PN dalam sesi persidangan Parlimen nanti.

Berikut senarai Ahli-Ahli Parlimen BERSATU yang dilantik:

Portfolio Kewangan dan Ekonomi
Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (Putrajaya) – Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi
Dato’ Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu) – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dato Rosol Wahid (Hulu Terengganu) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Datuk Muslimin Yahya (Sungai Besar) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Portfolio Keselamatan & Perundangan
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) – Kementerian Pertahanan
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) – JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
Datuk Ali Biju (Saratok) – JPM (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)

Portfolio Komunikasi & Digital
Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) – Kementerian Komunikasi & Digital

Portfolio Pendidikan & Sumber Manusia
Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) – Kementerian Pendidikan & Kementerian Pendidikan Tinggi

Portfolio Agama, Sosio-budaya & Generasi Muda
Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Portfolio Kemajuan Desa, Wilayah & Pertanian
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran) – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai) – Kementerian Perladangan dan Komoditi

Portfolio Antarabangsa
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang) – Kementerian Luar Negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here