Pengawal keselamatan direman, bantu siasatan lelaki kurang siuman dipukul hingga mati

0
159

SEORANG pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pemuda yang mengalami masalah mental dipercayai akibat dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan , malam tadi.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Menurut laporan BH Online, perintah tahanan reman suspek berusia 32 tahun bermula hari ini sehingga 5 Februari depan.

Terdahulu, dalam kejadian jam 7 malam tadi, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu.

Mangsa berusia 20-an dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang seorang wanita berusia 50-an yang melalui perkarangan masjid itu.

Susulan itu, mangsa dipukul sebelum meninggal dunia dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here