Bunuh: Lapan termasuk empat pegawai kanan polis Sabah ditahan reman

0
166

POLIS mengesahkan penahanan lapan pegawai polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan Pasukan Siasatan Khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan mengenai kes ini.

“Kes ini masih di peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan.

“Justeru, PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana ia masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, lapan pegawai polis itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan kes ini sebagai isu keselamatan kerana kes ini lebih bersifat peribadi.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan enam pegawai polis di Sabah.

Penahanan tersebut dipercayai berhubung kes bunuh seorang lelaki di Tawau lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here