Pemandu lori didakwa lakukan amang seksual fizikal terhadap anak

0
138

SEORANG pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya.

Tertuduh berusia 40 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berumur 13 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Dungun, jam 10.15 pagi 6 Januari lalu.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes, dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Shahir Mat Jusoh lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here