Mayat dikerat enam dalam bagasi di tepi PLUS

0
224

MAYAT dipotong enam bahagian dan disumbat dalam bagasi ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini, jam 2 petang tadi.

Menurut sumber, ketika ditemui bahagian badan mangsa didapati atas rumput berhampiran beg berkenaan.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa,” katanya sambil menambah setakat ini polis mengesyaki mangsa adalah lelaki warga asing berdasarkan siasatan awal dilakukan lapor Harian Metro.

Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here