Fyna Jebat & Zainal Abidin dilihat makan bersama, akhirnya ada gambar berdua

0
429

UMUM mengetahui sebelum ini adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat mengesahkan sudah pun berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Bagaimanapun, Fyna mahupun Zainal masih belum memuat naik sebarang gambar perkahwinan mereka untuk tatapan umum.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dilihat makan berdua bersama pasangan pelakon, Datuk Mustapha Kamal dan isteri. Perkara tersebut dikongsikan oleh Mustapha menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Mustapha turut menulis kapsyen mengatakan tidak sengaja bertemu rakan lamanya iaitu Datuk Zainal ketika keluar makan serta mengucapkan tahniah diatas pernikahan pasangan itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang akhirnya ‘berpuas hati’ dan percaya bahawa pasangan itu telah berkahwin lapor Rotikaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here