Polis tahan dua lelaki, sita lapan motosikal dalam Op Samseng Jalanan

0
232

POLIS menahan dua lelaki kerana menunggang motosikal secara melulu dan menyita lapan motosikal atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Seagate) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam tadi.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, operasi kira-kira empat jam yang bermula pada 11 malam bertujuan membendung kegiatan samseng jalanan, lumba haram serta jenayah.

“Dua lelaki berusia 21 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan bahaya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan sebanyak 52 saman turut dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan kerana pelbagai kesalahan jalan raya menerusi operasi itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here