Pemilik syarikat percetakan direman bantu siasatan tuntutan palsu RM100,000

0
165

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PEMILIK syarikat percetakan direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 Januari ini bagi membantu siasatan kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lalu

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Norkhalida Farhana Abu Bakar selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Suspek sampai pekarangan mahkamah pada pukul 9 pagi tadi lengkap berpakaian reman SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari.

Malam tadi sumber memaklumkan suspek lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2021, suspek telah mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di Johor berkaitan pembekalan cetakan modul pembelajaran untuk kegunaan pelajar-pelajarnya, sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here