Empat ditahan jual dadah, miliki senjata api

0
207

POLIS menahan empat penagih dadah yang menjual bahan terlarang itu secara kecil-kecilan dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di Serdang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, ketika serbuan, polis menemui dadah dan sepucuk pistol revolver jenis Smith & Wesson bersama tujuh butir peluru hidup.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan menunjukkan fotofit suspek curi kenderaan dan suspek memiliki sepucuk pistol dan dadah ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

“Pistol dan peluru ditemui dalam poket seluar suspek pertama yang juga dalang kumpulan berkenaan manakala dadah seberat 33.55 gram (g) ditemui di atas meja biliknya.

“Modus operandi yang dijalankan suspek adalah menjalankan perniagaan dadah di sekitar kawasan daerah Serdang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini.

Sepucuk pistol yang berjaya dirampas selepas polis menahan empat suspek bersama peluru dan dadah ketika Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

Anbalagan berkata, suspek pertama seorang lelaki berusia 42 tahun yang berasal dari Selangor mempunyai pelbagai rekod kesalahan narkotik dan merupakan individu dikehendaki di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, suspek berkenaan mengaku membeli pistol dan peluru daripada seorang lelaki dipercayai dari negara jiran dengan harga RM800 pada 2019.

Tujuh butir peluru yang berjaya dirampas selepas polis menahan empat suspek bersama sepucuk pistol dan dadah ketika Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

Suspek juga katanya, memaklumkan pistol berkenaan dibeli untuk melindungi dirinya.

“Siasatan lanjut dan ujian balistik sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya senjata api berkenaan terbabit dalam sebarang kes jenayah lain sebelum ini,” jelasnya.

Beliau berkata, semakan terhadap suspek kedua dan ketiga yang merupakan lelaki tempatan berusia 60 dan 32 tahun mendapati kedua-duanya mempunyai beberapa rekod kesalahan dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan. GAMBAR: Warta Rakyat

“Suspek keempat seorang wanita warga China berusia 27 tahun yang juga teman wanita suspek pertama didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 309A (2) ADB 1952,” ujar beliau, lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here