MIC tidak akan terima jawatan Timbalan Menteri

0
183

MIC tidak akan menerima jawatan Timbalan Menteri yang berperanan membantu Kabinet Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya,  R.T. Rajasekaran.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC pada hari ini, selain menghormati pilihan pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“MIC mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. MIC juga merakamkan sokongan kepada titah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Semoga Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri menerusi perkongsian di laman Facebook beliau hari ini memaklumkan calon-calon bagi jawatan Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. 

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here