Kesian Dzulkefly, yang kalah pula diberi jawatan

0
281

SETIAUSAHA Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan keputusan Perdana Menteri melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul dalam Jemaah Menterinya, bukannya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Adam Mukhriz Mohd Muhayeedin dalam ciapannya berkata, Tengku Zafrul yang gagal mengalahkan Dzulkefly di Parlimen Kuala Selangor untuk Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-1 5 lalu pula dipilih.

Tengku Zafrul, yang juga bekas menteri kewangan akan dilantik sebagai senator sebelum menjadi menteri.

“Kesian Dzulkefly, dia menang di Kuala Selangor tetapi tidak dilantik sebagai menteri. Calon yang beliau kalahkan pula diberi jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan keputusan Anwar memegang portfolio kewangan.

“Apa sudah jadi dengan prinsip PM tidak boleh memegang portfolio kewangan atau portfolio lain?” soalnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here