‘Tolak PKR, DAP, Bersatu’ untuk sebelum PRU-15, bukan selepas – Zahid Hamidi

0
286

KETETAPAN UMNO sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu dibuat untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), bukan untuk selepasnya, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, kerjasama antara blok ialah pendekatan baharu yang diyakini menjadi perintis perpaduan dan keharmonian seperti diilhamkan Yang di-Pertuan Agong.

“Kerjasama strategik ini tidak mengabaikan prinsip UMNO. Perlu difahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu adalah untuk berdepan pada PRU15 dan bukannya untuk pasca pilihan raya,

“Kesinambungan politik ini tidak akan menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhan parti, iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan bangsa.

“UMNO tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap sederhana dan progresif dalam menangani perubahan,” katanya dalam Facebook.

Beliau turut menegaskan bahawa UMNO menolak parti yang menggunakan agama untuk berpolitik.

“Sebaliknya, UMNO secara bertanggungjawab menggunakan politik untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan bangsa, Melayu-Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya lagi memetik laporan FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here