Kluster mahkamah perlu ditolak sertai Kabinet – Rafidah

0
246

KLUSTER mahkamah perlu ditolak daripada barisan Kabinet yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, ini kerana ia akan memberi imej negatif kepada baharu, lantas pemimpin yang mempunyai kredibiliti wajar diberi tempat dalam kerajaan hari ini.

“Golongan ini tidak patut berada dalam kepimpinan kerajaan, kita sudah banyak buang masa. Sekarang adalah masa untuk mewujudkan pasukan yang pasukan yang cekap, mempunyai kredibiliti dan dihormati.

“Pemimpin yang mempunyai visi yang sama untuk membangunkan masyarakat negara,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan pemimpin UMNO yang sedang didakwa atau sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah ekoran beberapa kesalahan dan dakwaan.

Ini termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

Sementara itu senada dengan pendirian Rafidah, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman turut menegaskan perkara yang sama supaya kepemimpinan baharu ini benar-benar ‘reformasi’ seperti yang diperjuangkan selama ini oleh Anwar.

“Tidak boleh (kluster mahkamah), ini bercanggah dengan pendirian Anwar yang sering melaungkan reformasi. Jangan keliru antara reformasi dan deformasi. Hari ini, semua orang terpegun dengan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi dalam mewujudkan kerajaan perpaduan.

“Dan beliau pada hari ini perlu mencerminkan kerajaan perpaduan di peringkat kabinet tanpa dicalarkan imejnya daripada kluster mahkamah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here