DAP melampau guna Melayu – Hadi

0
245

PRESIDEN, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP menggunakan Melayu ‘bodoh’ dan Melayu liberal yang ditolak oleh Islam menjadi jurucakap.

Beliau dalam satu kenyataan disiarkan di laman Facebook mendakwa, strategi itu digerakkan secara wayang kulit dengan DAP menjadi dalang di belakangnya.

“Sebenarnya, DAP yang melampau, walaupun mereka cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin daripada wajah Melayu Islam.

“Namun, ia sekali-kali tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam,” dakwanya hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi mendakwa, DAP yang tidak beraqidah dan tidak bermoral mula menunjukkan belang secara terbuka dan rakus demi kepentingan politik.

Dakwa beliau, DAP melakukan fitnah terhadap Islam dengan membaling batu di tengah khalayak pada waktu siang hari yang terang khususnya terhadap Pas.

“Pas menjadi sasaran apabila melihat kemaraan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga berjaya mencapai jumlah kerusi tertinggi,” jelasnya lagi, lapor Sinar Harian.

Beliau turut mendakwa, sikap DAP terhadap kaum bumiputera bukan Islam diminta maaf, pada masa yang sama menyebarkan Islamofobia kepada mereka.

“Oleh itu, pada saat begini menunjukkan wajah DAP yang tersembunyi sebelum ini laksana hanya bertaubat saat terdesak.

“Bangkai yang terlalu busuk itu tidak boleh ditutup oleh tangan DAP yang bergelumang dengan najis, walaupun mereka bertopengkan Melayu yang berwuduk dan disamaknya,” dakwanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here