Enam ADUN angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis

0
247

ENAM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis hari ini mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada empat ADUN PAS dan dua daripada Bersatu yang telah diperkenan oleh Tuanku Syed Sirajuddin.

Berangkat sama pada majlis berkenaan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Kesemua mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Dr Arik Sanusi Yeop Johari dan Ketua Hakim Syarie Perlis Jaidi Ahmad.

Pada Selasa lepas, ADUN Sanglang Mohd Shukri Ramli mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis baharu di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin.

PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selain menyapu bersih tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Berikut senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis:

1.Muhammad Azmir Azizan (PAS) DUN Santan

2.Fakhrul Anwar Ismail (PAS) DUN Bintong

3.Izizam Ibrahim (Bersatu) DUN TitiTinggi

4.Megat Hashirat Hassan (Bersatu) Pauh

5.Wan Badariah Wan Saad (PAS) DUN Mata Ayer

6.Razali Saad (PAS) Simpang Empat
–Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here