Wakil GPS dititah menghadap Agong

0
273

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan lima wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadap pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik laporan sebuah portal, antara pemimpin yang akan menghadap Agong adalah Richard Riot dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Aaron Ago Dagang dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Fadillah Yusof dan Alexander Nanta Linggi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Ya, saya boleh mengesahkan Seri Paduka Baginda menitahkan wakil GPS menghadapnya hari ini.

“Sebanyak lima wakil akan menghadap Tuanku,” menurut laporan portal media itu yang memetik kata-kata daripada sumber.

Dalam PRU15, GPS menang 23 kerusi Parlimen dengan PBB meraih 14 kerusi, disusuli PRS (5), SUPP (2) dan Parti Demokratik Progresif (3).

Sebelum ini, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg berkata bahawa mereka bersetuju untuk bergabung dengan BN dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku calon Perdana Menteri.

Namun, GPS dalam kenyataan terbaharu pada Selasa berkata gabungan itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong untuk membuat keputusan mengenai calon yang sepatutnya dilantik menjadi Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here