Tiada keputusan mengenai PM selepas Anwar, Muhyiddin mengadap Agong

0
208

ISTANA Negara belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu buat masa ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini

Anwar berkata dalam pertemuan itu, Agong menitahkan keperluan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang inklusif untuk semua kaum, agama dan wilayah.

Ditanya mengenai sama ada keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10, Anwar berkata ia adalah hak mutlak Agong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here