PRU-15: Istana Negara terus ‘meriah’

0
196

PENANTIAN petugas media di hadapan Istana Negara hari ini dimeriahkan dengan pelbagai juadah makanan dan minuman hasil sumbangan daripada pelbagai syarikat.

Pemberian itu bertujuan menghargai jasa media yang sentiasa mendapatkan laporan terkini berhubung keputusan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila ia masih belum mencapai kata putus sehingga kini.

Antara syarikat terbabit adalah restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), Tealive, Food Panda dan Santan AirAsia, US Pizza, Restoran Ali Maju (tajaan Istana Negara) dan Power Root.

Selain itu, turut disediakan kemudahan awam seperti surau, tandas bergerak dan khemah media, lapor BH Online.

Memasuki hari ketiga petugas media berkumpul di pekarangan pintu satu dan dua Istana Negara, masih tiada kelibat kenderaan membawa ketua parti politik untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istana Negara terus menjadi tumpuan apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 2 petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here