Hishamuddin tetap pendirian, tolak kerjasama PH

0
276

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein teguh dengan pendirian tidak mahu Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bendahari Agung BN yang baru sahaja mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Sembrong dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berkata demikian dalam satu kenyataan pagi ini.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini, tetap menolak kerjasama dengan PH.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini,”

“No Anwar, no DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, Hishammuddin menegaskan BN mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here