Di mana ‘No DAP, No Anwar’ – Ahmad Faizal

0
209

PERIKATAN Nasional (PN) Perak tetap dengan pendirian menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan parti itu iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,  PN tidak sama sekali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang di dalamnya ada parti DAP yang ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu. 

“Kami juga tidak akan bekerjasama dengan mereka yang tercemar dengan masalah rasuah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) kelmarin, tiada parti yang dapat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah 30 kerusi apabila PN memenangi 26 kerusi diikuti PH (24 kerusi) dan Barisan Nasional (BN) dengan sembilan kerusi.

Hari ini, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan BN bersetuju bekerjasama dengan PH bagi membolehkan gabungan itu memperoleh 33 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri dan beliau kekal sebagai Menteri Besar.

Menurut Ahmad Faizal, keputusan UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama PH di Perak adalah suatu resipi untuk bencana.

“Tindakan ini mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya bahawa pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa. Kami juga tertanya-tanya di manakah keputusan Perhimpunan Agung UMNO iaitu No Anwar, No DAP? (yang dimuktamadkan dalam perhimpunan itu sebelum ini),” katanya, memetik laporan Utusan Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here