[TIDAK RASMI] Saingan sengit di Masjid Tanah, Mas Ermieyati mendahului

0
395

KEPUTUSAN tidak rasmi di Parlimen Masjid Tanah menyaksikan saingan sengit apabila calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendahului di Parlimen Masjid Tanah dengan 5,730 undi setakat pukul 9.20 malam.

Namun, beliau diekori rapat calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid dengan 5,191 undi manakala calon Muda, Mutalib Uthman meraih 2,162 undi.

Sementara itu, calon Pejuang, Handrawirawan Abu Bakar meraih 113 undi.

Mas Ermieyati merupakan penyandang kerusi Masjid Tanah sejak 2013.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here