PRU-15: Jadual cadangan waktu perjalanan pulang mengundi

0
236

PENGENDALI Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad hari ini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan pantai timur bagi tempoh 18 dan 20 November, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Anih Berhad berkata terdapat dua pilihan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang memasuki Plaza Tol Gombak, esok (18 November 2022) iaitu pilihan pertama, ke Pahang (dari 10 pagi hingga 2 petang), ke Terengganu dan Kelantan (6 pagi-10 pagi) manakala 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Sementara itu, bagi pilihan kedua, Anih Berhad mencadangkan waktu perjalanan ke Pahang dari 8 malam-11 malam manakala laluan ke Terengganu dan Kelantan dari 5 petang hingga 8 malam.

Bagi perjalanan menghala ke Lembah Klang pada 20 November pula, Anih Berhad mencadangkan jadual perjalanan dari Pahang (6 pagi-10 pagi), dari Terengganu (8 pagi-11 pagi), dari Kelantan (6 petang-8 malam) dan 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Selain itu, pilihan kedua bagi pengguna lebuh raya untuk masuk ke Lembah Klang dari Pahang (7 malam-10 malam), dari Terengganu (8 malam-10 malam) dan dari Kelantan (10 malam-12 tengah malam).

“Kenderaan ringan disaran untuk mengelak daripada memasuki Plaza Tol Gombak pada waktu perjalanan bas ekspres ke Pantai Timur iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam,” menurut kenyataan itu, lapor AgendaDaily.

Selain itu, pengguna turut disaran menggunakan mod pembayaran sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya iaitu sekiranya menggunakan kad Touch n Go (TnG) ketika masuk lebuh raya, pengguna perlu menggunakan laluan TnG untuk membuat pembayaran keluar bagi melancarkan perjalanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here