Gagal jadi Menteri Kewangan, Anwar tak layak jadi PM – Abdul Hadi

0
373

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana gagal menguruskan krisis ekonomi ketika menjadi menteri kewangan.

Katanya, Anwar tidak mampu menangani krisis kewangan yang menjejaskan rantau ini pada 1997 hingga 1998 sehingga memaksa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa mencari penyelesaian sendiri.

Justeru, beliau meminta pengundi tidak terpengaruh dengan langkah Pakatan Harapan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

“Dulu masa PH perintah hampir dua tahun, dia (Anwar) buat apa? Janji manifesto pun dia tak buat,” katanya selepas program santai petang bersama penduduk Tangga Batu, memetik laporan FMT.

Mengulas kenyataan Nga Kor Ming memberi amaran pentadbiran Malaysia akan menjadi seperti “negara Taliban” jika Perikatan Nasional (PN) memenangi pilihan raya umum ke-15, Hadi menyifatkan pengerusi DAP Perak itu cetek ilmu berhubung “Taliban”.

Katanya, PAS sudah terbukti mampu menjadi kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan DAP, sebaliknya perlu sedar agenda komunis parti itu lebih berbahaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here