[VIDEO] Abah titip pesanan kepada semua pengundi PRU-15

0
200

“KALAU nak tengok Abah kembali ke Putrajaya, pakat ramai-ramai undi Perikatan Nasional (PN).”

Itu pesanan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu klip video yang disiarkan di laman Facebooknya sebentar tadi.

Menerusi klip video berdurasi satu minit enam saat itu juga, Muhyiddin turut berterima kasih kepada semua pengguna media sosial yang sentiasa menyokongnya sehingga kini.

Jelas Penyandang Ahli Parlimen Pagoh itu, pihaknya menyeru agar semua rakyat Malaysia keluar mengundi pada Sabtu ini dan memilih calon PN yang mewakili kawasan masing-masing.

“Kepada anak-anak Abah semua, Abah nak pesan sikit, terima kasih kepada semua yang mendoakan abah di media sosial. Tapi ingat jika nak tengok abah kembali ke Putrajaya pakat ramai-ramai undi Perikatan Nasional.

“Menangkan calon-calon Perikatan Nasional di kawasan anda, pesan kat mak, ayah, abang, adik, kakak, jiran kawan-kawan semua kali ini undi Perikatan Nasional.

“Keluar dan undilah awal-awal, ingat janji kita, 19 November ini undi Perikatan Nasional. Gemakan suara anak muda, ‘come on guys, let’s go, PN Best!, “katanya di Facebook, lapor Kosmo Online.

Sehingga kini klip video tersebut telah dikongsi lebih 200 kali dan ditonton lebih 3,700 kali.

Klip video yang disiarkan di laman Facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu, Bekas Perdana Menteri itu akan berdepan saingan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Muhyiddin akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim serta seorang lagi calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here