PRU-15: Pas berprinsip, rela jadi pembangkang daripada bekerjasama dengan BN

0
178

PAS rela menjadi pembangkang jika Perikatan Nasional (PN) gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata parti itu mempunyai prinsip dan mahu kepimpinan bersih untuk menerajui kerajaan pasca-PRU15.

“Kita sanggup jadi pembangkang…PAS jadi pembangkang berpuluh-puluh tahun tak jadi masalah. Kita tak mahu kerajaan tak bersih. Kita berprinsip, kita bukan parti yang hanyut,” katanya kepada pemberita selepas Program Santai Petang Bersama Presiden PAS di Cheng, Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkenaan gabungan antara PN dan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 jika kedua-dua pihak gagal mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRU15.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here