Lelaki penceramah agama guna pisau, botol arak ditahan

0
266

POLIS menahan seorang lelaki dipercayai mabuk dan menyerang seorang penceramah agama di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Fariz Ammar Abdullah berkata dalam kejadian 7.55 malam itu, seorang warga tempatan berusia 38 tahun dipercayai di bawah pengaruh alkohol, meluru ke dalam surau dan menyerang penceramah tersebut.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang memberikan ceramah selepas solat maghrib di surau berkenaan. Lelaki tersebut menyerang menggunakan dua bilah pisau dan sebotol arak.

“Bagaimanapun, tindakan lelaki tu dapat ditahan jemaah masjid lain,” katanya dalam kenyataan.

Fariz berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu disebabkan suspek di bawah pengaruh alkohol berlebihan dan tiada motif lain.

Katanya, siasatan juga mendapati lelaki terbabit ialah penganggur dan dikehendaki berkaitan kes dadah.

“Saringan air kencing lelaki itu adalah negatif dan dia direman empat hari sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api Berbahaya 1958.” — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here