Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tawaran PN Best, PN Pahang selari hasrat dan keperluan rakyat -

Tawaran PN Best, PN Pahang selari hasrat dan keperluan rakyat

TAWARAN Perikatan Nasional (PN Best) yang diumumkan mempunyai keseragaman dengan manifesto yang ditawarkan PN Pahang.

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari, berkata perbezaaan hanya dari aspek keperluan rakyat tempatan berbanding keperluan seluruh rakyat Malaysia.

Contohnya kata Kamal, dari aspek menyediakan peluang pekerjaan apabila PN Best menawarkan sejuta peluang pekerjaan, manakala PN Pahang menawarkan 50,000 peluang pekerjaan.

“Asasnya sama, contoh tawaran anak muda, kalau di pusat tawar sejuta peluang kerja, kalau di peringkat negeri kurang sikit, tetapi benda yang sama juga.

“Begitu juga insentif kepada suami atau isteri yang menjaga ibu bapa atau pasangan, dibenarkan ambil cuti untuk jaga suami sakit, jadi insentifnya lebih kurang.

“Sebab itu PN perlu menang baik DUN dan juga Kerajaan Pusat supaya benda ia boleh dilaksanakan secara serentak apabila kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah parti yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semasa menghadiri program pertandingan persahabatan bola sepak bersama anak-anak Orang Asal di Padang Awam Kampung Paya Luas, di sini, semalam.

Menurutnya, rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain PN jika melihat kepada tawaran PN  yang menjanjikan apa yang diperlukan rakyat ketika ini.

“Jika perhatikan tawaran-tawaran, itulah sebenarnya hasrat rakyat, baik negeri ataupun di pusat.

“Justeru, rakyat perlu yakin dan percaya untuk beri peluang kepada PERIKATAN NASIONAL dalam Parlimen, Dewan Rakyat dan juga Dun,” katanya.

Terdahulu, PN Pahang mengumumkan 12 tawarannya dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebahagian besar berkait dengan keperluan ekonomi rakyat negeri ini dengan bertemakan ‘Pahang Berkat, Makmur dan Sejahtera’.