PRU-15: Shahidan, Ismail belum ahli PAS walaupun bertanding guna lambang PN

0
249

DUA bekas ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) atas tiket Perikatan Nasional (PN), belum menjadi ahli PAS.

Mereka adalah penyandang Parlimen Maran, Pahang, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan penyandang Parlimen Arau, Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kedua-dua kerusi itu adalah sebelum ini adalah kerusi tradisi PAS sebelum diberi untuk ditandingi oleh bekas ahli Parlimen BN itu.

“Kita mengizinkan dua kerusi diwakili PAS itu, diberikan kepada calon bukan ahli PAS iaitu di Parlimen Arau dan Parlimen Maran.

“Kita mengeluarkan watikah dengan membenarkan logo PN atas kuota PAS di Arau begitu juga di Maran dengan kedua-dua mereka bekas ahli Parlimen BN.

“Mereka setakat ini belum menjadi ahli kita (PAS) dan undang-undang PRU tidak semestinya menjadi ahli. Dalam konteks ini, PAS membenarkan calon menggunakan logo PAS sebagai memenuhi syarat untuk diterima pencalonan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini lapor BH Online.

Media sebelum ini melaporkan, penyandang Parlimen Maran dan Arau digugurkan daripada calon BN pada PRU15 sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan menggunakan tiket PN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here