‘Tentangan dua calon muda di Muar bukan masalah’ – Abdullah Husin

0
320

BERDEPAN tentangan dua calon muda dari Barisan Nasional (BN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi merebut kerusi Parlimen Muar, calon Perikatan Nasional (PN) Abdullah Hussain tetap yakin dalam memenangi hati pengundi muda.

Abdullah yang juga Pesuruhjaya Pas Johor menegaskan setiap calon mempunyai kekuatan masing-masing dan usia bukanlah satu-satunya elemen bagi mendapatkan kepercayaan masyarakat Muar.

“Tiada halangan menjamin pengundi muda, masing masing ada kelebihan saya tiada nak pertikaikan siapa-siapa.

“Sudah dua tiga bulan saya berada di Muar untuk program program kemasyarakatan, menyantuni orang muda terutamanya. Persaingan akan sengit, tapi saya yakin ada peluang,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni peniaga di Pasar Malam Parit Jawa.

Malah, latar belakangnya yang pernah menjadi pengetua sebuah sekolah agama memberikan kelebihan kepada beliau apabila perkara itu menyerlahkan sifat kebapaan dalam diri beliau .

“Keremajaan pada satu sudut ialah orang muda lebih cergas, mantap bekerja, itu kelebihan orang muda. Tapi saya orang lama bukan orang tua, ada kelebihan juga.

“Orang lama berkelebihan dalam sudut kebapaan, sebagai bekas guru sekolah dan bekas pengetua saya berpengalaman dalam aspek orang Islam kata “Murabbi” iaitu pendidik, lebih-lebih lagi saya guru agama,” katanya.

Mengulas mengenai pengalamannya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa selama lima tahun, beliau sudah jelas dan faham akan keperluan orang muda.

“Pada masa sama, saya dah biasa menyantuni anak muda, saya juga biasa menyertai kumpulan bermotosikal besar. Sukan-sukan dulu ada piala Abdullah Hussain untuk bola sepak dan sebagainya, saya dah biasa berdamping dengan anak muda walau sudut umur dah jadi dikira bapa, orang kata anak muda boleh dibimbing oleh bapa,” katanya lagi.

Abdullah Hussin berdepan saingan tiga penjuru di  Parlimen Muar dengan tentangan daripada BN, Mohd Helmy Abdul Latiff dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) — SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here