Remaja dibelasah 10 lelaki kerana wanita asing

0
387

HANYA berpunca daripada seorang wanita dikenali menerusi media sosial, tular seorang remaja cedera diserang sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di Johor Bahru, Johor, pada Rabu.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan remaja lelaki berkenaan dipukul termasuk dengan menggunakan kon sehingga mengakibatkannya cedera di bahagian muka, kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian terbabit dilaporkan berlaku pada jam 5.15 pagi.

“Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui media sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

“Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka,” katanya ketika dihubungi pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran sebelum dikejar enam lagi lelaki sehingga akhirnya dibelasah 10 lelaki terbabit.

Tambah Raub, mangsa kemudian diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan kejadian tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here