PRU-15: PN Pahang tampil lebih 30 peratus calon muda

0
378

PERIKATAN Nasional (PN) Pahang menampilkan lebih 30 peratus calon dalam kalangan pemuda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, selain itu, mereka turut menampilkan dua calon wanita iaitu di kerusi Parlimen Temerloh dan DUN Guai.

Katanya, kesemua 56 calon yang bertanding memiliki pelbagai latar belakang termasuk dalam kalangan agamawan, aktivis, golongan profesional dan ahli perniagaan.

“Ada yang merupakan penyandang dan ramai muka baharu begitu juga orang muda yang juga kita ketengahkan sebagai calon.

“Ini merupakan satu tawaran yang cukup baik untuk diketengahkan kepada para pengundi di negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon dan Ikrar Calon PN Pahang bertempat di Wisma Dato Syed, di sini hari ini, memetik laporan Utusan Online.

Mengulas pencalonan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di DUN Cheka, Saifuddin berkata, keputusan dibuat selepas membuat perkiraan yang teliti.

“Sahabat saya Datuk Tuan Ibrahim sangat berpengalaman sebagai ADUN, Ahli Parlimen dan Ahli Kabinet. Tenaga beliau nampaknya diperlukan di Kelantan dan Pahang. 

“Terima kasih kepada beliau kerana sudi menerima permintaan kami dan bertanding di Pahang. Beliau memang orang Raub dan berasal dari Cheka, jadi ia ibarat seperti sirih pulang ke gagang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here