PN tak gerun hadapi musuh PRU-15

0
259

PERIKATAN Nasional (PN) tidak gerun kepada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk berhadapan Pilihan Raya Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PAS sendiri bukan lagi bergerak sendirian tetapi turut mendapat sokongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan GERAKAN, pada PRU kali ini.

Katanya, kita juga yakin kejayaan PAS menakluk Kelantan selama 32 tahun, sudah cukup membuktikan bahawa pihaknya mampu menerajui negara dengan menubuhkan sebuah kerajaan baharu yang lebih baik dan adil.

“Malah, kami yakin ramai pengundi UMNO sebelum ini akan bagi undi kepada kita. Kita akui UMNO dulu hebat, tetapi sekarang tidak perlu lagi takut.

“Kita juga perlu pastikan kesemua 14 kerusi di Kelantan dimenangi terlebih dahulu dan tidak mustahil selepas PRU15 ini, negara diterajui kerajaan baharu yang boleh membawa perubahan besar.

“Walaupun kita parti berbeza dalam PN, kita mempunyai matlamat yang sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini, lapor BH Online.

Mohd Amar berkata, pihaknya yakin rakyat terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan seterusnya membuka ruang kemenangan kepada PN di seluruh negara.

Pada majlis sama, Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, berkata 11 kerusi yang dimenangi sebelum ini perlu dipertahankan manakala tiga lagi kerusi harus ditempatkan ‘penyerang’.

Katanya, Parlimen Gua musang, Machang dan Ketereh, sudah ditempatkan ‘penyerang’, manakala 11 wakil lagi bertindak sebagai ‘goal keeper’ untuk terus mengekalkan kemenangan sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here