Polis tahan seorang suspek kes tembak polis bantuan di Salor

0
299

Polis Kelantan hari ini menahan seorang individu bagi membantu siasatan membabitkan seorang anggota polis bantuan yang cedera ditembak malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan individu yang ditahan berusia 35 tahun.

Dalam kejadian sekitar jam 11 malam tadi, seorang anggota Polis Bantuan cedera di dada selepas terkena tembakan di tepi Jalan Aur Duri, Kg.Seberang, Pasir Mas, Salor, memetik laporan Astro AWANI pada Ahad.

“Selepas terkena tembakan mangsa sempat menghubungi rakan sekerjanya sekitar jam 11.30 malam memaklumkan dirinya terkena tembakan.

“Mangsa yang menunggang motosikal sempat ke Kedai Nasi Lemak di Salor, Kota Bharu untuk meminta bantuan” katanya menerusi satu kenyataan.

Muhamad Zaki berkata mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu bagi rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami kecederaan pada paru-paru kanan namun berada dalam keadaan stabil dan masih ditidurkan,’ katanya.

Motif kejadian masih dalam siasatan.dan kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here