Kelantan dapat royalti minyak jika PN tadbir Malaysia

0
261

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kelantan akan mendapat royalti minyak jika gabungan itu diberi mandat untuk mentadbir Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Muhyiddin berkata, bayaran sebanyak lima peratus itu akan diberikan kepada Kelantan seperti yang terkandung dalam perjanjian asal berkait dengan bayaran royalti.

“Pada masa yang sama, PN akan turut membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV, di Kelantan, pada Jumaat.

Hadir sama, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, PN berkeyakinan akan memenangi kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU15.

Beliau berkata, ia berdasarkan semangat kerjasama cukup kukuh antara PAS dengan BERSATU di negeri ini.

“Semangat kerjasama cukup kukuh, dan saya yakin rakyat di Kelantan memang faham serta sudah tahu mengenai isu-isu penting seperti ekonomi, kebajikan, kesihatan dan sebagainya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here