PRU-15: Anwar bertanding di Tambun, Dr Dzulkefly kekal di Kuala Selangor

0
271

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di kerusi parlimen Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu disahkan oleh sumber-sumber yang rapat dengan presiden PKR itu, lapor MalaysiaKini

“Ya. kerusi Tambun telah dimuktamadkan siang tadi. Anwar dah maklum kepada pimpinan utama PH.

“Akan diumumkan pada Konvensyen PH malam ini,” kata sumber.

Teka-teki kerusi parlimen yang bakal ditandingi Anwar akan terjawab hari ini.

Pada pilihan raya umum 2013, Tambun dimenangi oleh calon Bersatu Ahmad Faizal Azumu dengan majoriti 5,320 undi.

Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, beliau dicabar calon Umno Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang merupakan penyandang kerusi itu sejak 1995.

“Isu pokok bukan sekadar Anwar ke Tambun tapi ke Perak. Impak dirasi ke seluruh Perak dan ini penting dalam langkah PH untuk tawan Putrajaya.

“Tambun kerusi campuran. Penting untuk menunjukkan dapat sokongan semua kaum,” kata sumber itu.

SEMENTARA itu, Amanah akan mempertaruhkan penyandangnya Dr Dzulkefly Ahmad di Parlimen Kuala Selangor walaupun dia sebelum ini mahu memberi laluan kepada muka baru.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata kerusi itu menjadi sangat kritikal dan serius selepas UMNO mahu meletakkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di situ.

“Kami yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja buat beliau selama ini,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini Dzulkefly yang juga bekas menteri kesihatan mengumumkan tidak menyertai pilihan raya umum kali ini dan menegaskan pendirian itu kekal walaupun BN menurunkan Tengku Zafrul.

Selain itu Amanah juga dijangka membuat perubahan kecil dalam meletakkan calon-calon pada PRU ke-15 nanti khususnya membabitkan kepimpinan utama parti.

Antaranya Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad diputuskan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang dimenanginya pada 2018.

Sebaliknya kata sumber itu, Khalid akan menjadi taruhan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Titiwangsa.

“Khalid bakal bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa, manakala parlimen Shah Alam belum diputuskan setakat ini dan berkemungkinan Ketua Amanah kawasan Shah Alam, Azli Yusof, akan dicalonkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here