Benarkah Zahid, Anwar ada perbincangan sulit, soal Wan Saiful

0
376

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan cikgunya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim patut menjelaskan kedudukan dakwaan kononnya ada perbincangan sulit berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata beliau telah diberitahu oleh rakan dalam Pakatan Harapan (PH) bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid dan team Anwar berjalan lancar.

Beliau mendakwa agenda perbincangan itu berkisar kepada meminimumkan pertembungan UMNO dan PKR pada PRU-15 dan pembentukan kerajaan gabungan selepas pilihan raya.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata apa yang dimaklumkan kepadanya setakat ini hanyalah tuduhan dan dakwaan sahaja

“Baru-baru ini ada rakan dalam PH sendiri menyebut kepada saya bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid Hamidi dengan team Anwar Ibrahim terus berjalan.

“Dikatakan bahawa agendanya ialah kerjasama antara UMNO dan PKR untuk meminimakan pertembungan dalam PRU-15, dan seterusnya mengusahakan pembentukan kerajaan bersama. Katanya perkara ini dijalankan tanpa restu kepimpinan UMNO atau kepimpinan PH, tetapi banyak sesi perbincangan telah berjalan.

“Setakat ini, itu hanyalah tuduhan. Selain tuan punya badan, tidak ada sesiapa boleh mengatakan ya atau tidak terhadap tuduhan itu. Tambahan lagi, dalam musim PRU ini, banyak berita palsu,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata jika perkara itu berlaku sememangnya ia bukan sesuatu yang pelik kerana sebelum ini pun kedua-duanya telah berbual menunjukkan agenda mereka.

“Tapi jika benar, ia tidak pelik. Rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar jelas menunjukkan agenda mereka telah lama. Surat Zahid kepada Istana Negara mahu mengangkat Anwar juga bukan rahsia. Berita ini bukan baru.

“Mungkinkah benar perbincangan sulit antara Zahid dan Anwar semakin rancak? Benarkah Anwar dan Zahid sedang berusaha mengangkat satu sama lain naik ke Putrajaya melalui PRU15?

“Apa “deal” yang ditawarkan? Adakah Anwar setuju melepaskan Zahid dari kes-kesnya? Atau adakah Anwar setuju jadi TPM kepada Zahid kalau “deal” ini benar?

“Zahid dan Anwar perlu jelaskan kepada rakyat. Sebab khabar ini semakin lama semakin kuat tersebar,” katanya.

Sebelum ini, satu klip audio suara Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) tular dimedia sosial.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here