Ismail Sabri ‘poster boy’ boneka, senang ‘diperintah’ Zahid

0
213

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tetap berada di “kerusi pemandu” walaupun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi ‘poster boy’ pada kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15), termasuk diangkat calon perdana menteri.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata Ismail bukanlah individu berkuasa ketika menjadi perdana menteri, bahkan naib presiden UMNO itu merupakan “patung atau boneka” yang bergerak atas perintah Zahid.

“Sejak dari awal lagi kehendak Datuk Seri Ismail, selaku perdana menteri, untuk menangguhkan PRU15 hingga ke tahun depan, tidak berhasil.

“Maka, keputusan tarikh PRU15 diputuskan mengikut kepentingan parti dan peribadi Datuk Seri Zahid. Episod ini mendedahkan kedudukan sebenar Datuk Seri Ismail Sabri, iaitu seorang perdana menteri patung atau boneka yang bergerak dan bersuara di atas perintah dan keputusan dibuat UMNO pimpinan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Zahid didakwa akan menentukan jalan dibuka seluasnya bukan sahaja demi kepentingan dirinya, malah bagi Najib Razak untuk kembali berkuasa.

“Oleh itu rakyat semua perlu sedar bahawa perjuangan menolak kleptokrat yang diusahakan dengan jayanya semasa PRU14 masih belum selesai,” katanya memetik laporan FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here