Pemilik JDT tak boleh orang kata kat dia – Sanusi

0
508

Oleh RIZQI ZABIDI

PRESIDEN Persatuaan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor nyata tidak mahu berdiam diri selepas digelar sebagai ‘badut’ dan dianggap pemecah-belah antara penyokong oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebaliknya Menteri Besar Kedah itu terus memanaskan keadaan apabila mempersoalkan perasaan TMJ sekiranya dipanggil sebagai ‘lanun’ bola sepak.

“Pemilik kelab JDT ini tak boleh orang kata kat dia, dia kata kat orang tak apa. Kalau orang kata dia lanun bola sepak, apa dia rasa?

“Dia kata saya badut, pemecah belah. Kalau saya nak kata kat dia lanun bola sepak, dia nak cakap apa?,”

“Apa perasaan ‘U’ kalau ‘I’ kata ‘U’ lanun bola sepak?” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Kedah Sejahtera di pekarangan Masjid Nurul Ihsan dekat Langgar, Alor Setar.

Terdahulu di laman media sosial, TMJ meminta pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar menasihati Muhammad Sanusi agar membawa diri sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya sebagai badut.

Menurut TMJ, seorang pemimpin akan melahirkan lebih ramai pemimpin manakala seorang badut akan melahirkan lebih ramai badut.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata, beliau bukanlah individu yang memecah belahkan penyokong seperti didakwa TMJ.

“Sebaliknya saya menyatukan peminat bola sepak. Kesatuan itu dibuat agar padangnya sama luas, pintu golnya sama saiz dan pemainnya juga sama ramai.

“Biasanya pemain tak sama ramai ini sebab pengadil masuk sebelah sana dan disebabkan itu, pemain dia lagi ramai. Saya nak pemain masing-masing sama ramai dan pengadil duduk di tengah,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here