Kerajaan tanggung kos dapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing B40

0
224

KERAJAAN akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk golongan B40, khususnya golongan belia bermula tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan bajet 2023 berkata, ia akan dilaksanakan menerusi program MyPSV yang bertujuan membantu belia B40 untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan membawa penumpang.

“Kerajaan juga bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 (bagi golongan B40).

“Bagi menggalakkan belia bekerja, Skim Tekun Belia Mobilepreneur diteruskan dengan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda yang terbabit dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” katanya lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here