Pas tak pernah keluar kenyataan namakan Abdul Hadi calon PM bagi PN

0
231

PAS menafikan satu kenyataan media yang kononnya dikeluarkan Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa parti itu menamakan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pas menerusi kenyataan dalam akaun Facebook rasmi parti itu menegaskan, kenyataan tular bertajuk ‘Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulama’ tersebut bukan dikeluarkan pihaknya.

“Pas menafikan kenyataan media yang kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS dengan tajuk ‘Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulama’.

“Ditegaskan bahawa Pas tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan melahirkan rasa kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab itu,” kata kenyataan itu hari ini, lapor Wartarakyat.

Kenyataan tular bertarikh 2 Oktober itu antaranya menyatakan kesyukuran parti itu di atas keputusan UMNO membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 tahun ini selain memaklumkan kesediaan PN menghadapi pilihan raya berkenaan.

Selain itu, ia turut menyatakan Pas bersama PN sentiasa memberikan komitmen dengan meletakkan calon yang terbaik membawa agenda Melayu Islam untuk menerajui kepimpinan negara.

Sehubungan itu Pas mencadangkan Abdul Hadi sebagai calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu juga didakwa menyeru rakyat Malaysia untuk berdiri teguh mengangkat dan mempertahan kepimpinan ulama untuk menerajui negara serta menolak Pakatan Harapan pada PRU-15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here