SPRM jangka siasatan rasuah Penjana Kerjaya selesai sebulan lagi

0
237

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

SIASATAN kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) melibatkan nilai RM100 juta dalam tempoh sebulan lagi.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ini kerana siasatan kes berkenaan mengambil sedikit masa yang melibatkan ramai suspek termauk banyak pihak lain.

“Setakat ini SPRM telah membuka sebanyak 62 kertas siasatan bersabit kes itu dan menahan 38 lelaki dan 13 wanita bagi membantu siasatan.

“Kes ini tiada kaitan dengan politik, ia seperti rompakan di siang hari (daylight robbery) yang mana sekumpulan individu melihat ada peluang (untuk ambil keuntungan) daripada kemurahan hati kerajaan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bersama media dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara di George Town, hari ini.

Sebelum ini SPRM memaklumkan tentang pelaksanaan operasi besar-besaran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyiasat isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Penjana Kerjaya di beberapa negeri seluruh negara.

Operasi berkenaan adalah susulan maklumat diperolehi susulan pemantauan dan risikan oleh SPRM dengan kerjasama Perkeso yang mendapati ada majikan-majikan yang mengemukakan tuntutan palsu serta menyeleweng dana program tersebut.

Program itu merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja semasa mendepani cabaran Covid-19 bermula awal tahun 2020 yang dilaksanakan Perkeso melalui pewujudan pekerjaan baharu, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here