PRU15 ketika musim bah, kenapa paksa sesuatu rakyat tak selesa

0
330

PAS yang menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu konsisten untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga tempoh penggal pemerintahan berakhir.

Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri berkenaan tidak akan dibubarkan walaupun berlakunya pembubaran Parlimen dalam masa terdekat untuk PRU15.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Setakat ini, tiada ada perubahan (tidak akan bubarkan) kerana apa yang penting bagi kita ialah kita tidak menyusahkan rakyat, …bukan kepentingan parti-parti politik semata-mata, parti politik ini sudah jadi medium untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

“Apa yang penting ialah kita tengok rakyat selesa atau tidak. Kalau rakyat berada dalam keadaan kurang selesa akibat banjir, kenapa kita mahu paksa sesuatu yang rakyat rasa tidak selesa.

“Kita biarkan suasana ekonomi berkembang dan sebagainya, …itu pandangan peribadi saya,” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di Kampung Cina, pada Selasa.

Minggu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa menyatakan Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here