[VIDEO] Didik pelarian ‘sempadan’, cipta kefahaman dengan warga Malaysia – Mahathir Rais

0
293

KERAJAAN disarankan menjadi titik tengah bagi rakyat dan pelarian bagi memastikan pengurangan masalah sosial, isu keselamatan melibatkan pelarian yang berleluasa di Malaysia.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berpendapat isu pelarian di Malaysia mampu menjadi cerminan positif pada imej negara sekiranya wujud kefahaman antara rakyat Malaysia dan pelarian asing.

“Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat negara kita di samping memberikan bantuan kepada pelarian.

“Pertama, kerajaan harus melihat dalam mendidik rakyat dan pelarian dari segi perbezaan yang wujud dalam keadaan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menjadikan etnik Rohingnya sebagai contoh, pelarian perlu diajar tentang ‘sempadan’ dan etika dengan penduduk tempatan.

“Isu kebersihan dan cara pelarian bercakap dengan penduduk tempatan, dengan agak kasar. Penduduk tempatan tidak selesa dengan gaya hidup tersebut.

“Dengan mendidik kedua-dua pihak, kita boleh memastikan bahawa kesedaran dapat ditingkatkan untuk meminimumkan kesalahfahaman dan mengurangkan cabaran bersosial dan bekerjasama dengan pelarian,” kata Ketua Bahagian Bersatu Segambut itu.

Selain itu, Mahathir berkata rakyat Malaysia harus diutamakan bagi mengekalkan integriti negara.

“Perlu ada peraturan asas dari segi berapa lama pendatang akan tinggal di negara kita.

“Apabila pelarian mendakwa negara kita sebagai rumah mereka, adalah penting untuk mengenal pasti status mereka dan memberikan mereka kenyataan rasmi untuk menanamkan semangat patriotisme kepada negara kita,” ujarnya.

Di samping itu, isu ekonomi seperti peluang pekerjaan seharusnya ditangani terlebih dahulu sebelum memberi pekerjaan kepada pelarian agar rakyat lebih selesa.

“Hanya apabila ada pekerjaan yang mencukupi, kita boleh meningkatkan peluang untuk memberi pekerjaan kepada pelarian,” katanya.

Tambah beliau, rentetan isu global seperti kematian Ratu Elizabeth, perubahan situasi politik dan ekonomi berpotensi menghuru-harakan keadaan negara sekiranya tidak diuruskan dengan tepat.

“Bagi menjaga kebajikan rakyat, tindakan harus dibuat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Ini adalah untuk meningkatkan kawalan dan akan memastikan nama baik negara tidak tercemar kerana perkara sensitif seperti ini,” katanya. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here