Etnik Rohingya bayar ejen RM7,000 untuk dapat kad UNHCR

0
197

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

ETNIK Rohingya sanggup membayar sehingga RM7,000 semata-mata untuk mendapatkan sekeping kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Perkara itu didedahkan sebahagian daripada etnik Rohingya berkenaan dalam operasi Jabatan Imigiresen berhampiran sebuah tapak projek perumahan, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pemegang kad UNCHR warga Rohingya itu juga mengaku masuk ke negara ini melalui sempadan negara iaitu Kedah dan Kelantan dari Thailand yang diuruskan oleh ejen.

Malah ujar beliau, mereka juga mendakwa ejen-ejen terbabit turut menguruskan perjalanan mereka ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur untuk proses mendapatkan kad berkenaan.

PATI yang ditahan itu terdiri daripada 10 warga Bangladesh, lapan Indonesia, seorang warga Nepal serta enam warga Myanmar termasuk seorang wanita.

“Sehubungan itu, kita akan membawa isu ini ke peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk disiasat dan diteliti secara lebih mendalam sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam tadi.

Mengulas mengenai operasi yang bermula pukul 11 malam tadi itu, Khaitul Dzaimee berkata, seramai 25 daripada 36 pekerja asing yang diperiksa didapati memasuki negara ini tanpa memiliki dokumen sah.

Selain itu katanya, terdapat PATI berkenaan turut dikesan tinggal lebih masa selain mempunyai dokumen meragukan seperti kad UNHCR yang dipercayai palsu.

“Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 10 warga Bangladesh, lapan Indonesia, seorang warga Nepal serta enam warga Myanmar termasuk seorang wanita.

Seramai 25 daripada 36 pekerja asing yang diperiksa didapati memasuki negara ini tanpa memiliki dokumen sah.

“Kesemua mereka dibawa ke pejabat Imigresen negeri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 15 (1) (c) akta sama,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, Jabatan Imigresen sepanjang tahun ini telah melakukan sebanyak 261 operasi memburu PATI.

Daripada jumlah itu jelas beliau, seramai 193 PATI dan 32 majikan telah ditahan dengan sebahagian daripada mereka telah didakwa di mahkamah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here