Nadal pilu Federer bersara, kehilangan besar buat sukan tenis

0
304

BINTANG tenis Sepanyol, Rafael Nadal menyifatkan pengumuman pemain Switzerland, Roger Federer untuk bersara merupakan berita sedih bagi arena sukan, khususnya sukan tenis.

Katanya, pengumuman saingan utamanya agak mengejutkan kerana pemain Swiss yang kini berusia 41 tahun itu dilihat masih berada dalam prestasi yang baik.

“Secara peribadi, pengumuman Roger Federer itu ibarat berita sedih buat saya dan juga bagi arena sukan tenis di seluruh dunia.

“Kami sudah lama ‘beraksi’ di gelanggang, meraih kemenangan dan menerima kekalahan dengan hati terbuka.

“Ketika mendengar berita ini, saya berharap agar hari seperti ini tidak pernah hadir…kerana ia memang agak menyedihkan untuk menerima berita seperti ini,” katanya, lapor Astro AWANI.

Untuk rekod, kedua-dua pemain telah beraksi 40 kali dengan 24 daripadanya dimenangi Nadal.

Persaingan antara kedua-dua pemain berkenaan juga dilihat mewarnai arena sukan tenis selama hampir dua dekad dengan menyaksikan kedua-duanya sering bertemu dalam beberapa kejohanan utama dunia.

Oleh itu, berita pengumuman Federer ternyata mendapat pelbagai respon daripada ramai pemain tenis terkemuka dunia.

Dalam pada itu Nadal berkata, dia tidak akan melupakan pengalaman beraksi bersama Federer selama ini dan berharap dapat beraksi sekali lagi dan mungkin buat ‘kali terakhir’ di Piala Laver 2022, penghujung bulan ini.

“Kami bakal beraksi dalam Piala Laver bagi mewakili pasukan Eropah. Semoga aksi kali ini akan menjadi aksi terbaik kami bersama-sama,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here